MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMILIKI..MEMILIKI TAK SEMESTINYA MENCINTAI


Click here for Myspace Layouts

Friday 17 June 2011

11/6/2011 Pulangnya Nenek Kesayanganku Ke Rahmatullah

assalammualaikum...,pada pagi yg sunyi ini terdetik hati ku untuk bercerita berkongsi kesedihan setelah pulangnya allahyarham nenek ku ke rahmatullah.setelah 7 bulan nenek perempuan bertemu ilahi.sekarang kembali pula nenek laki bersama bertemu illahi..sungguh terkilan rasa hati kerana sudah lama aku tidak menjenguk beliau.setelah 7 bulan berlalu..dan sehingga saat beliau menghembuskan nafas terakhir..aku tidak sempat bertemu dgan nenekku..pada hari penkebumian beliau..aku tidak dapat hadir kerana bertembung dgan hari aku mengahadapi test di kolej..sedih bercampur rasa serba salah dihati kerana tidak dapat aku melihat wajahnya untuk kali terakhir..tapi walau bagaimanapun aku tetap mendoakan semoga roh nenek ku ditempatkan dikalangan org2 soleh...dan solehah.sejuk rasa dihati apabila mak aku memberitahu..wajah jenazah nenekku berseri..seolah2 nenek ku cuma tidur disaat itu..wajahnya tidak pucat seperti wajah org yg sudah meninggal dunia..mungkin perginya nenekku itu dgan tenang tampa masaalah..yg sudah pergi tetap pergi..apa yg tinggal kini hanyalah knangan terindah bersama arwah..riuh rendah semasa aidilfitri seperti tahun2 yg lepas mungkin tidak akan berulang lagi selepas pemergian kedua2 arwah nenekku..arh....baru pada tahun lepas kami beraya bersama..pada tahun ini..kedua2nya sudah tiada..sedih sebak rasa dihati..apabila rumah usang nenek hanya tinggal kenangan.tiada lagi berpenghuni...gelak tawa senda gurau..hanya terngiang2 di telinga..keriuhan cucunya mungkin tidak akn kedengaran lagi..suara lembut nenek pada waktu pagi tidak lagi kedengaran..aku harap di aidilfitri yg akan datang rumah nenek tidak akan sunyi dilitupi sawang2..walau pun keduanya sudah tiada..aku harap tetap lah anak2 dan cucu2 dapat mengimbau knangan di hari raya beraya di rumah nenek..walau aku tahu hanya kesediahan yg akan menyelubungi pada hari itu..apabila takbir raya bergema..pasti akan menitisnya airmata ke bumi..walau tidak semeriah tahun2 sebelumnya setidak2nya..dapatlah sanak saudara mengimbau knangan dlu..sekarang barulah aku tahu betapa pntingnya ikatan persaudaraan itu.sekarang aku betul2 telah merasakan kehilangan..tidak sanggup aku rasanya hendap melihat rumah nenekku yg sudah tidak berpenghuni..pastinya akan menitis airmata melihat sunyi sepinya rumah arwah nenek selepas ini..apa pun semuanya sudah berlalu..kehidupan harus diteruskn..yg hidup pastinya akan mati..dan kita yg masih bernyawa..jalani lah kehidupan dgan gembira..kerana masa tidak akan berpatah balik..lakukan lah yg terbaik dalam hidup sebelum giliriran kita pula pergi bertemu illahi..al-fatihah kepada kedua2 nenekku yg telah pergi..amin.....

No comments:

Post a Comment